Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik! “Jika sekadar bertujuan mewangikan diri, menaikkan seri wajah, sebagai ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran, memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, hukumnya adalah dibolehkan,” – Mufti Wilayah. SALAH satu amalan orang Melayu adalah mandian bunga yang kekal sehingga ke hari ini. Ia juga dianggap sebagai salah satu terapi dan perubatan tradisional kerana ia menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan dan akar-akar kayu. Antara sebab mandi bunga ini diamalkan adalah untuk kesegaran tubuh badan, mengharumkan diri sekali gus menambahkan keyakinan dalam diri seseorang itu. Biasanya, kaum Hawa yang mengamalkan mandi bunga ini. Lagi-lagi menjelang hari perkahwinan, ia dikatakan menambahkan seri wajah pengantin. Jika dilihat dari segi amalan orang Melayu yang menggunakan mandian bunga ini atas tujuan untuk mewangikan diri dan menaikkan seri wajah, maka hukumnya adalah dibolehkan. JIKA tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak. Menurut pandangan daripada Mufti Wilayah, jika ia dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran atau memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, maka tidak mengapa. Tetapi, jika mandian tersebut disertai dengan unsur syirik atau khurafat, contohnya untuk membuang sial atau mempercepatkan jodoh, maka hukumnya adalah haram. Bahkan, ia termasuk dalam dosa besar dan perkara yang perlu dijauhi. Jadi betulkan niat jika ingin melakukan sesuatu perkara. Jika tujuannya untuk membantu mendatangkan aura positif kepada diri sendiri, dibolehkan. Namun, jika untuk mempercepat jodoh atau menghalau sial, ia adalah berdosa. Apa tujuan mandi bunga? Menerusi rakaman Tanyalah Ustaz oleh pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki satu persoalan telah diutarakan kepadanya, adakah boleh mandi bunga bagi mempercepatkan jodoh untuk anak perempuan? Menurut beliau, jika tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak. DALAM Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat. “Akan tetapi jika seseorang itu tiada jodoh dan dia perlu mandi bunga. Seolah-olah dengan mandi bunga dia dapat jodoh. “Benda ini sebenarnya akan menjadi isu kerana jodoh, rezeki dan pertemuan semuanya aturan ALLAH SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dengan doa dan jangan dikaitkan dengan mandi bunga supaya cepat mendapat jodoh. “Kerana ia termasuk dalam perkara ghaib yang mesti berdalil kepada al-Quran dan sunah dan itulah asas kaedahnya. “Dan harus diingat juga terutama kepada masyarakat, janganlah menghukum dan suka bertanya soalan sensitif contohnya, bila nak kahwin atau bila nak dapat anak. Doakanlah yang baik-baik sesungguhnya ALLAH merancang segala sesuatu itu pasti ada sebab-sebabnya. “Kaitkan apa sahaja doa dengan niat kerana ALLAH pasti akan DIA permudahkan dan bukan untuk urusan dunia semata,” katanya. Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus
Mandilah bunga apapun kalau atas tujuan seperti kesihatan adalah dibolehkan kerana ia tak termasuk dengan perkara yang dihalang oleh syarak. "Namun, kalau kita kata seseorang itu tidak mendapat jodoh kerana dia tidak amalkan mandi bunga ia seolah-olah menganggap mandi bunga ini sebagai satu kewajipan.
Disebabkan oleh tempoh perintah Kawalan Pergerakan PKP ini, ia mungkin menyukarkan anda untuk keluar mendapatkan perkhidmatan bagi sesi memanjakan diri setelah tamat berpantang. Justeru, kami kongsikan cara mandi bunga yang betul dan amat mudah dilakukan di rumah. Jika dahulu mandi bunga dikatakan untuk menjauhkan diri dari perkara tidak baik, mendapatkan jodoh dan menaikkan seri wajah, namun kini amalan ini sering dilakukan bagi wanita yang tamat tempoh berpantang. Cara mandi bunga untuk ibu selepas bersalin Tidak dinafikan, selepas bersalin tubuh badan akan mengalami banyak perubahan seperti mudah letih, lesu, tidak bermaya dan buatkan ibu rasa kurang selesa. Bukannya tidak mandi semasa berpantang, tapi badan tetap rasa tidak segar. Jadi apa kata anda cuba wujudkan spa sendiri di rumah bagi memanjakan diri setelah penat menguruskan anak kecil dari siang sehinggalah malam. 1. Menggunakan bunga yang wangi dan tidak berduri credit to sources Anda boleh meminta suami mendapatkan tujuh jenis bunga berlainan warna. Haruman bunga dapat menjadi terapi dalam mengurangkan rasa stres. Khasiat yang terkandung di dalamnya juga menjadikan kulit lebih lembab dan segar. Aura bunga-bungaan ini membantu menghilangkan masalah wajah kusam. Antara bunga yang sering digunakan untuk mandi ialah Cempaka putih agar dapat mewangikan dan melembutkan badan Melur kuning dan putih untuk menyucikan bahagian dalaman Bunga kenanga untuk menaikkan seri wajah dan senang didekati Mawar merah untuk memberi keyakinan dan semangat kepada ibu selepas bersalin 2. Perahan limau nipis Kemudian, anda perlu perahkan limau nipis dan masukkan ke dalam tab mandi atau baldi yang sudah berisi air. Taburkan kelopak bunga. Anda boleh mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga ini. Seeloknya dibiarkan semalaman dan dilakukan pada waktu pagi selepas mengurut atau bertungku. Ia hendaklah dijadikan sebagai air bilasan selepas mandi biasa. 3. Niat ketika mandi foto safah herbs Seterusnya, anda hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad dan berniat baik. Siraman air rendaman bunga yang pertama hendaklah dimulai dari bahagian kiri badan sebanyak 3 kali, diikuti dengan bahagian kanan. Baki air tersebut barulah disiram dari bahagian kepala sehingga habis. Ketika mandi, ambil sedikit masa dan usahlah terburu-buru. Nikmati bau-bauan bunga segar dan harum. 4. Setelah siap Selepas selesai mandi, anda digalakkan untuk membiarkan air di badan kering dengan sendirinya. Anda boleh terus menyarungkan kain batik atau baju tanpa perlu mengelap bahagian tubuh. Ini adalah untuk membolehkan tubuh menyerap khasiat air bunga berkenaan. Hukum mandi bunga menurut Islam Dalam Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat. Maksudnya, ia tidak mempunyai unsur sihir, ayat pemujaan atau mantera bertujuan memanggil pendamping dan percaya kononnya bunga atau limau digunakan untuk mandi memiliki kuasa’ menyembuhkan penyakit. Manakala dari segi saintifik pula, ia adalah amalan yang baik. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat membantu seseorang berasa lebih segar serta membantu meningkatkan seri wajah kerana khasiat yang terkandung dalam bunga diserap oleh badan. credit to sources Hal yang perlu anda tahu ialah bunga merupakan tumbuhan penyerap tenaga matahari yang baik. Butiran debunga halus yang dihasilkan kelihatan seperti bergerak dan bernyawa akibat tekanan zarah-zarah air. Manakala deria luaran badan akan diaktifkan melalui gerakan ini lalu membantu merangsang sistem hormon badan dan akhirnya menggerakkan organ dalaman untuk bekerja dengan lebih baik. Kini, amalan perubatan orang Melayu lama sudah menjadi ikutan masyarakat Barat. Mereka percaya bahawa cara mandi bunga yang betul dapat membangkitkan aura dalaman seseorang serta menyerlahkan kecantikan. Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati amalan ini turut mampu meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan, mempunyai aura unik bagi merangsang minda dan sekaligus menghilangkan bau badan. Sumber Pantangplus Peringatan Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia Baca juga Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat! Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
Wanitayang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah s.w.t. memohon dipertemukan jodoh yang baik dan soleh. Amalan mandi bunga sebenarnya tidaklah terdapat dalam sunnah kerana tiada hadis sahih terhadapnya namun besar kemungkinan apa yang berlaku ialah dengan tujuan untuk mengambil sempena seri bunga yang berwarna-warni dan berbau
MASYARAKAT sering mempersoalkan perihal jodoh kepada golongan bujang terutama terhadap golongan wanita sehingga ada ibu bapa yang menggunakan pelbagai cara termasuklah acara mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh anak perempuan timbul persoalan dalam kalangan masyarakat sama ada mandi bunga dibenarkan dalam Islam atau ia semata-mata adat atau budaya yang sekian lama dipraktikan oleh rakyat negara ini terutamanya orang tentang persoalan ini, pendakwah bebas, Ustaz Mustafar Mohd Suki berkata mandi bunga tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi bergantung kepada tujuan berbuat demikian."Sebelum kita mandi bunga, perlulah jelas mengenai tujuan mandi bunga itu kerana jika tujuannya berkaitan untuk naikkan seri, kesihatan memang tiada masalah sebagaimana kita maklum sebahagian bunga mempunyai aroma dan wangian yang memberi kesan positif kepada diri. "Mandilah bunga apapun kalau atas tujuan seperti kesihatan adalah dibolehkan kerana ia tak termasuk dengan perkara yang dihalang oleh syarak. "Namun, kalau kita kata seseorang itu tidak mendapat jodoh kerana dia tidak amalkan mandi bunga ia seolah-olah menganggap mandi bunga ini sebagai satu kewajipan. Itu akan menjadi isu kerana jodoh, rezeki, pertemuan di tangan ALLAH dengan usaha kita. "Secara umum, amalan cepatkan jodoh tidak ada tapi kita boleh ikhtiar dengan meminta pertolongan ALLAH melalui doa kepada-NYA," jelas Ustaz Mustafar. Firman Allah SWT, maksudnya "Dan Tuhan kamu berfirman "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” Surah al-Ghafir, 4060 Sementara itu, pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA, Ustaz Mahadi Mohammad berkata, perkara utama yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan jodoh dalam Islam ialah dengan berdoa, beristighfar dan juga kerana katanya, mungkin dosa yang menjadi penyebab jodoh kita terhalang. "Banyakkan ibadat dan perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH serta bersedekah kerana sedekah akan membuka pintu rezeki."Jodoh juga adalah sebahagian daripada rezeki. Kemudian boleh berusaha dengan cara-cara yang harus dan tidak menyalahi syarak," kata Mahadi kepada Majoriti. Mahadi berkata, cara-cara yang harus boleh dilakukan dalam mencari jodoh adalah seperti mencari orang tengah dan menjaga penampilan diri seperti mandi bunga atas tujuan naikkan seri. "Kita perlu berusaha untuk cari jodoh, bukan duduk sahaja. Selalulah menyambung silaturrahim dan eratkan hubungan dengan ahli-ahli waris kerana itu juga boleh membuka pintu jodoh," tambahnya. — Majoriti Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram Hindarihal-hal yang bersifat musyrik yang menjurus ke hal-hal yang menduakan Sang Pencipta karena rezeki, jodoh dan maut merupakan kehendak mutlak dari Sang Pencipta, sedangkan mandi bunga untuk membuka aura hanya dijadikan sebagai perantara dari tujuan atau niat untuk membuka aura. Klik Dibawah Ini Manfaat Mandi Bunga